BrosurPetaEnglishBLOG      

"Introduction to MATLAB &
Artificial Neural Networks

22 & 23 May 2014 (Thu & Fri)
Faculty of Engineering & Built Environment,
UKM Bangi
Medium: English/Malay
[Brosur / Pendaftaran]


Daripada:
     Ir. Dr. Anuar Kasa
Tarikh:        

PER:   Introduction to MATLAB & Artificial Neural Networks (ANN)

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam ceria,

Adakah anda sedang melakukan penyelidikan? Adakah anda perlu membangunkan sistem atau meramalkan hasil kajian? Adakah anda sedang berfikir mengenai analisa data?

Mungkin anda tertanya-tanya perisian manakah yang lebih sesuai untuk melakukan tugasan tersebut. Sudah tentu anda boleh menggunakan Bahasa C++, Fortran atau Visual Basic tetapi anda mungkin ingin melakukan kerja pengaturcaraan dengan lebih mudah dan efisien malah lebih cepat. Jawapannya ialah MATLAB.

Mungkin anda tertanya-tanya perisian manakah yang lebih sesuai untuk menganalisis data. Sudah tentu anda boleh menggunakan SPSS, SigmaPlot, Minitab dan sebagainya tetapi anda mungkin ingin menganalisis data dengan kaedah "advanced" dengan keputusan yang lebih tepat dan efisien. Jawapannya ialah Artificial Neural Networks (ANN).

Bengkel ini biasanya diadakan dalam kumpulan yang kecil, memberi fokus kepada hand-ons serta penerbitan. Perkongsian ilmu merupakan teras kepada terbentuknya bengkel ini. Perbandingan kaedah dan hasil analisis statistik iaitu Response Surface Methodology (RSM), ANN dan Adaptive Neuro-Fuzzy Inference System (ANFIS) dilakukan dengan mengguna data sebenar di lapangan. Outcome bengkel ini ialah peserta boleh (i) melakukan analisis ketiga-tiga kaedah tersebut dengan menggunakan MATLAB, (ii) membandingkan kejituan (error) dan (iii) mempersembahkan hasil kajian dalam penerbitan.  

Untuk mengetahui penggunaan MATLAB dan ANN dalam pelbagai bidang pengajian, sila lawati blog saya (klik): ["Dr AK: Penyelidik! Tuan perlukan Artificial Neural Networks"] dan jika ingin mendapat gambaran dan penerangan mengenai bengkel yang telah dikendalikan sebelum ini, sila klik atas gambar.

 


18-19 Sep. 2012


26-27 Nov. 2012


14 Jan. 2013


26-27 Feb. 2013


8-9 Apr. 2013

5-6 Jun 2013


22-23 Julai 2013


21-22 November 2013


21-22 Disember 2013

15-16 Mac 2014


Saya bekerja di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 1993. Kursus yang dikendalikan oleh saya ialah "Pengaturcaraan Komputer" di samping kursus-kursus lain dalam bidang Kejuruteraan Geoteknik untuk pelajar di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Pada mulanya bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk pengajaran ialah Bahasa C, kemudian C++, seterusnya Visual Basic sehinggalah kepada MATLAB sejak 2007. 

Saya berpeluang untuk mengajar bahasa-bahasa pengaturcaraan tersebut sejak dari mula bekerja hingga kini dan pernah juga mendapat pendedahan kepada Bahasa Java, Fortran, LabVIEW dan Scilab. 

Gambar ketika mengendalikan kursus MATLAB kepada pelajar di UKM.
 




Antara motivasi untuk mengunakan MATLAB ialah pengaturcaraannya lebih cepat, ringkas serta mudah difahami. Ia juga memangkinkan kerja penyelidikan terutamanya di peringkat sarjana dan doktor falsafah kerana MATLAB mempunyai Toolbox untuk pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti Artificial Neural Networks, Statistics, Optimization dan lain-lain.

Selain daripada mengajar, saya juga menggunakan MATLAB dalam penyelidikan terutamanya untuk menganalisis data dengan menggunakan Kaedah Statistik dan Artificial Neural Network (ANN). Bidang teras penyelidikan saya ialah Kejuruteraan Geoteknik dan Geosekitaran.  Hasil penggunaan MATLAB & ANN dan perisian lain diterjemahkan melalui penerbitan seperti kertas jurnal dan prosidang yang dihasilkan oleh saya bersama dengan rakan penyelidik dan pelajar sarjana. Sedikit contoh penerbitan adalah seperti berikut;

 

Jurnal:

1. Tarig Mohamed, Anuar Kasa and Mohd Raihan Taha. 2011. Prediction of Safety Factor for Slope Designed with Various Limit Equilibrium Methods. Key Engineering Materials Vols. 462-463 (2011) pp 611-615, Trans Tech Publications, Switzerland.

2. Anuar Kasa, Zamri Chik and Mohd Raihan Taha, 2011. Prediction of External Stability for Geogrid-Reinforced Segmental Walls. Key Engineering Materials Vols. 462-463 (2011) pp 1319-1324, Trans Tech Publications, Switzerland.

3. Ong Yu Hwang, Anuar Kasa, Zamri Chik and Mohd Raihan Taha, 2011. Earthquake Impact Analyses on Slopes using Finite Element and Limit Equilibrium Methods. Advanced Materials Research Vols. 163-167 (2011) pp 3868-3871, Trans Tech Publications, Switzerland.

Prosidang:

1. Anuar Kasa, Zamri Chik and Mohd Raihan Taha. 2010. Finite Element Analysis of a Segmental Retaining Wall. International Technical Conference CAU-UKM, Seoul, Korea, pp 457-463.

2. Tarig Mohamed and Anuar Kasa. 2010. Slope Stability using Neuro-fuzzy Inference System. International Technical Conference CAU-UKM, Seoul, Korea, pp 487-494.

3. Gareane A. I. Algreane, S. A. Osman, Othman A. Karim & Anuar Kasa. 2009. Dynamic Behaviour of Elevated Concrete Water Tank with Alternate Impulsive Mass Configurations. Proceedings of the 2nd WSEAS International Conference on Engineering Mechanics, Structures and Engineering Geology.

Antara pelajar yang sedang melakukan penyelidikan dan tamat pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah adalah seperti di bawah. Kebanyakan mereka menggunakan perisian MATLAB & ANN di samping perisian lain seperti GeoStudio dan Plaxis dalam kajian.

 


Empat pelajar sarjana mengunakan kaedah unsur terhingga (FEM) dan kaedah keseimbangan had (LEM) untuk menyelesaikan masalah Kejuruteraan Geoteknik. Tamat pengajian 2010.

 

Pelajar sarjana dari Sudan menggunakan MATLAB untuk meramal kestabilan cerun menggunakan ANFIS (Artificial Neuro Fuzzy Inference System). Tamat pengajian 2011.

 



Tiga pelajar sarjana menggunakan FEM dan LEM untuk menyelesaikan masalah Kejuruteraan Geoteknik. Tamat pengajian 2012.
 



Pelajar sarjana dari China menggunakan FEM dan LEM untuk menyelesaikan masalah pembinaan di atas tanah lempung. Tamat pengajian 2010.

 


Pelajar sarjana dari Libya menggunakan FEM untuk mengkaji kekuatan tanah bertetulangkan geogrid. Tamat pengajian 2010.

 


Pelajar PhD dari Jordan menggunakan FEM untuk mengkaji kestabilan tanah di Laut Mati.

Tamat pengajian 2009.

 



Pelajar PhD mengkaji kesan gempa bumi terhadap tanah baki.

 



Pelajar PhD dari Iraq mengkaji kestabilan empangan di atas tanah gambut.

 


Pelajar PhD dari Iraq menggunakan FEM untuk mengkaji kestabilan cerucuk (pile).
Tamat pengajian 2010.

 

Untuk memberi sedikit pengenalan kepada MATLAB, sila lihat video di bawah ini:

 

Antara kelebihan MATLAB termasuklah:
 

 
Kod Adalah Mudah Dan Ringkas
Terdapat Built-in Functions Yang Banyak
Terdapat Toolbox Untuk Pelbagai Bidang
Terdapat Ramai Pengguna
Mudah Mendapat Rujukan

 


 

Berdasarkan pengalaman menggunakan MATLAB & ANN dalam pengajaran dan penyelidikan, saya menawarkan Bengkel "Introduction to MATLAB & Artificial Neural Networks" selama 2 hari kepada penyelidik dan pelajar sarjana di bawah seliaan saya untuk mempercepatkan penyelidikan mereka. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai MATLAB & ANN dan juga sebagai "jump start" untuk melakukan pengaturcaraan secara serius.

Untuk menjalinkan rangkaian dengan pelbagai pihak serta berkongsi ilmu terutama dalam soal penyelidikan, bengkel MATLAB & ANN ini juga dibuka penyertaannya kepada semua penyelidik di UKM dan institusi pengajian tinggi lain (IPTA/IPTS). Jika berminat untuk menyertai, sila hubungi saya untuk mengetahui jadual program dan cara pendaftaran. Tempat adalah sangat terhad, sila buat tempahan secepat mungkin.

Terima kasih kerana melawat website www.bengkelmatlab.com. Diharap berjumpa di dalam bengkel yang akan diadakan.
 

Ir. Dr. Anuar Kasa
Fasilitator Program
iranuar@yahoo.com       
018-3792011
[Biodata Dr. AK]