Daripada:
     Ir. Dr. Anuar Kasa
Tarikh:        

 

Bengkel MATLAB and Artificial Intelligence | Psychology of Winning


Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam ceria,


Adakah anda sedang melakukan penyelidikan? Adakah anda perlu membangunkan sistem atau meramalkan hasil kajian? Adakah anda sedang berfikir mengenai analisis data? Jika jawapan adalah "Ya", bengkel ini sesuai untuk anda.

Mungkin anda tertanya-tanya perisian manakah yang sesuai untuk melakukan pengaturcaraan. Sudah tentu anda boleh menggunakan bahasa C, Python, R atau Java tetapi anda mungkin ingin melakukan kerja pengaturcaraan dengan lebih mudah dan efisien sesuai dengan Revolusi Industri 4.0.

Mungkin anda tertanya-tanya perisian manakah yang sesuai untuk analisis data. Sudah tentu anda boleh menggunakan SPSS, SigmaPlot atau Minitab tetapi anda mungkin ingin menganalisis data dengan kaedah terkini dengan keputusan yang lebih tepat.

Hari pertama bengkel ini mengenai Matlab Programming manakala hari kedua mengenai Artificial Intelligence.

Perbandingan hasil analisis dari kaedah Response Surface Methodology (RSM), Artificial Neural Networks (ANN) dan Adaptive Neuro-Fuzzy Inference System (ANFIS) akan dilakukan dengan menggunakan data sebenar di lapangan.

Outcome bengkel ini ialah peserta mampu untuk (i) melakukan analisis ketiga-tiga kaedah tersebut dengan menggunakan MATLAB, (ii) membandingkan kejituan (error) dan (iii) mempersembahkan hasil kajian dalam penerbitan.

Alhamdulillah, saya berpeluang untuk menyelia 14 pelajar PhD hingga tamat dan memeriksa 11 tesis PhD. Pengalaman sebagai penyelia/penyelidik akan dikongsikan dengan peserta sama ada di peringkat awal, pertengahan atau akhir penyelidikan. Jadi penyelidik yang masih tercari-cari topik atau sedang berfikir bagaimana hendak menganalisis data sesuai untuk mengikuti bengkel ini.

Usah stress-out dalam penyelidikan. Jika anda bercadang untuk menyerlahkan potensi sebenar diri dan graduate on time (GOT), sila ikuti bengkel Psychology of Winning. Teknik penyelidikan berkesan dan teknologi minda terkini seperti Neuro-Linguistic Programming dan Neuro-Semantics dapat membantu melalui latihan dan coaching, insyaallah.

Bengkel ini diadakan di Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB) UKM Bangi dari 9 am hingga 5 pm. Sila bawa laptop. Di Bangi terdapat pelbagai penginapan/pengangkutan yang sesuai mengikut keselesaan anda.

Berikut ialah gambar sebahagian dari bengkel yang telah diadakan sebelum ini:  
 


 


 


 


 


 

 


 


 


 

 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 




 

 

 

 

 

 

 


 


 


Kursus pengajaran yang dikendalikan oleh saya ialah "Pengaturcaraan Untuk Jurutera" di samping kursus lain dalam bidang Kejuruteraan Geoteknik. Pada mulanya bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah Bahasa C, kemudian C++, seterusnya Visual Basic sehinggalah kepada MATLAB sejak 2007. 

Saya berpeluang untuk mengajar bahasa pengaturcaraan tersebut dan pernah mendapat pendedahan kepada Bahasa Java, Python, LabVIEW dan Scilab. Gambar ketika mengendalikan kursus MATLAB di UKM:
 





Antara motivasi untuk mengunakan MATLAB ialah pengaturcaraannya lebih cepat, ringkas serta mudah difahami. Ia juga memangkinkan kerja penyelidikan kerana MATLAB mempunyai toolbox untuk pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti Artificial Neural Networks, Statistics, Optimization dan lain-lain.

Selain dari mengajar, saya juga menggunakan MATLAB dalam penyelidikan terutamanya untuk menganalisis data dengan menggunakan kaedah statistik dan artificial intelligence. Antara gambar pelajar yang tamat pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah seperti di bawah. Kebanyakan mereka menggunakan perisian MATLAB di samping perisian lain seperti GeoStudio dan Plaxis.

 


Empat pelajar sarjana menyelesaikan masalah Kejuruteraan Geoteknik.

 

Pelajar Sarjana/PhD dari Sudan meramal kestabilan cerun dan tembok penahan menggunakan AI

 



Tiga pelajar sarjana menyelesaikan masalah Kejuruteraan Geoteknik.

 



Pelajar sarjana dari China menyelesaikan masalah pembinaan di atas tanah lempung.

 


Pelajar sarjana/PhD dari Libya mengkaji kekuatan tanah bertetulangkan geogrid.

 


Pelajar PhD dari Jordan mengkaji kestabilan tanah di Laut Mati
 



Pelajar PhD mengkaji kesan gempa bumi terhadap tanah baki

 



Pelajar PhD dari Iraq mengkaji kestabilan empangan di atas tanah gambut.

 


Pelajar PhD dari Iraq mengkaji kestabilan cerucuk (pile).
 

 

Berdasarkan pengalaman dalam pengajaran dan penyelidikan, saya menawarkan bengkel MATLAB Programming & Artificial Intelligence (2 hari) dan Psychology of Winning (1 hari) kepada penyelidik di bawah seliaan saya untuk mempercepatkan penyelidikan mereka. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan juga jump start untuk melakukan pengaturcaraan secara serius.

Untuk menjalinkan rangkaian dengan pelbagai pihak serta berkongsi ilmu, bengkel ini juga dibuka penyertaannya kepada semua penyelidik di institusi pengajian tinggi. Jika berminat untuk menyertai, sila hubungi. Tempat adalah terhad. Sila daftar secepat mungkin.

Jika rasa bengkel ini sesuai untuk penyelidik yang anda kenali, sila kongsi maklumat. Terima kasih kerana melawat website ini. Diharap berjumpa di dalam bengkel yang akan diadakan ini, insyaallah.

Ir. Dr. Anuar Kasa
Ketua Unit Teknologi Minda
Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, UKM

PS: Tarikh akan ditentukan kemudian.

 

 Terima Kasih